Cara Berurusan

Membeli dan membuat pembayaran

Kami memberikan anda kemudahan dalam berurusan dengan kami untuk mendapatkan produk yang anda pesan. Sila ikuti beberapa langkah mudah dibawah ini :

  • Lihat produk yang anda ingin beli dan pastikan kuantiti, harga serta id produk.
  • Lakukan pembayaran melalui akaun yang berkenaan. Sila pastikan anda membuat bayaran kepada akaun dan pemegang akaun yang sah. Kami menerima pembayaran melalui tunai, cek, mesin deposit, perbankan internet. Pembayaran melalui paypal hanya sah untuk produk berbentuk digital sahaja seperti software dan sebagainya.
  • Isikan borang tempahan selengkapnya atau sms Nama, Alamat, Telefon,ID Produk,Kuantiti serta Butiran Pembayaran di nombor 013-508 3252.
  • Kami akan memberi anda maklumbalas selepas menerima bayaran dan anda boleh mendapatkan produk yang anda beli dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam(hari bekerja).

Menghantar Semula Untuk Waranti Atau Servis

Sebagai sebuah perniagaan yang senantiasa memberikan perkhidmatan selepas jualan, kami senantiasa membantu anda dalam mendapatkan waranti, pertukaran atau servis terhadap produk yang anda beli. Sekiranya produk yang anda beli menghadapi masalah dalam tempoh waranti, sila ikuti langkah dibawah untuk menuntut waranti bagi produk anda.

  • Pastikan item anda benar-benar menghadapi masalah. Sila rujuk kepada pakar atau hubungi kami.
  • Packing item anda dengan baik serta kemas dan hantarkan kepada kami.
  • Sila lakukan pembayaran RM10 kedalam akaun kami untuk kos penghantaran semula kepada anda. Segala kos peghantaran bagi tujuan tuntutan waranti adalah dibawah tanggungjawab anda.
  • Pihak kami akan melakukan bantuan tuntutan waranti bagi pihak anda.
  • Anda diharap sabar menanti tuntutan waranti anda selesai.
  • Item anda akan dihantar semula selepas selesai prosedur tuntutan waranti.

Anda juga boleh ke pusat servis berdekatan anda untuk menuntut waranti bagi produk yang anda beli.